Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now 

Blogger templates

Recent Comments

Pasang Iklan Gratis

Thursday, February 9, 2012

Ayyuhal Walad "NASIHAT PERTAMA"


Ayyuhal Walad
Saya petik terjemahan daripada kitab Ayuhal Walad karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali untuk tatapan kita bersama sebagai satu peringatan untuk kita semua. Saya akan siarkannya secara bersiri.


NASIHAT PERTAMA

WAKTU ITU IALAH KEHIDUPAN

Wahai anakku yang tercinta; Sebahagian daripada nasihat Rasulullah saw. kepada umatnya yang bermaksud:
"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka”
Sebenamya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

No comments:

Post a Comment